Hadis Empat Puluh

Publish in

Documents

7 views

Please download to get full document.

View again

of 14
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Hadis Empat Puluh Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi. Hadis Pertama Dari Amirul Muk
Transcript
  Hadis Empat Puluh Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi didalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluhdua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenaiakidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga IbnuHajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yangmengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.Hadis Pertama Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar RasulullahSAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat,dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalahkepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin iamemperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, makahijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' Hadis Kedua Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersamaRasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-lakiyang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorangmusafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama RasulullahSAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW sertadiletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhanmelainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikanhaji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.Sipemuda : Benar katamu.( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )Sipemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman ?Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihatengkau.Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkaumelihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga )  membina bangunan yang tinggi-tinggi.( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal ku tadi ?Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. Hadis Ketiga Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah,mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulanRamadhan. Hadis Keempat Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telahmenceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkankata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannyadalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpaldarah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dandiperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnyasesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah diantaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahuluioleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka,maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cumasehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal denganamalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. Hadis Kelima Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabdaRasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan padariwayat yang lain oleh Imam Muslim : Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalanyang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. Hadis Keenam Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yangharam itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yangmemelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yangmelindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekarasyubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang   pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia kedalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempatlarangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah padasetiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dansekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' Hadis Ketujuh Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : 'Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawabRasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. ' Hadis Kelapan Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Akudiperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhanselain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang,memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah danharata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraanmereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. 'Hadis KesembilanDari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamutinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukansekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamudisebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabimereka. Hadis Kesepuluh Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah Ta'alaitu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allahtelah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan paraMursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik- baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepadakamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya kelangit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yangharam, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telahdikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. ' Hadis Kesebelas Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dankesayangannya r.a yang berkata : Aku menghafal dari Rasulullah SAW : '  Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. Hadis Keduabelas Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW : Sebaik-baik Islamsesaorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. Hadis Ketigabelas Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya samaseperti ia menyintai dirinya sendiri.Hadis KeempatbelasDari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkandarah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwadengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yangmemisahkan diri dari jemaah.' Hadis Kelimabelas Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri.Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan HariAkhirat, hendaklah menghormati tetamunya. Hadis Keenambelas Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW :  Nasihatilah kepadaku ! Dijawab oleh Nabi SAW : Jangan marah! Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAWmengatakan : Jangan marah ! Hadis Ketujuhbelas Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secarasempurna, dan apabila menyembelih maka elukkanlah penyembelihan. Hendaklahsesaorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. Hadis Kelapanbelas Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dariRasulullah SAW, sabdanya : Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada.Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik ituakan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks