Kem Kecemerlangan Diri 2017

Publish in

Documents

281 views

Please download to get full document.

View again

of 7
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
kkd
Transcript
   KERTAS KERJA KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI 2017 Tarikh : 12 Ogos 2017 Hari : Sabtu Masa : 8.00  –  5.00 petang Tempat : Putri Ayu Chalet, Yan, Kedah. Sasaran : Calon UPSR 2017 (22 orang) Bil. Guru : 10 orang 1.0 PENGENALAN   Program “Kem  Motivasi Kecemerlangan Diri” ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan khusus untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program yang dijalankan ini digunakan sebagai alat perangsang dan kesediaan untuk berubah ke arah kebaikan dan kemajuan. Program ini akan melibatkan penceramah yang berpengalaman serta berkaliber dalam menyampaikan ceramah motivasi. Diharapkan agar matlamat sekolah dan pelajar untuk mencapai sasaran cemerlang dalam UPSR akan dapat direalisasikan melalui usaha yang dijalankan dalam program ini demi mencapai impian dan sasaran meraih kejayaan cemerlang dalam UPSR.   2.0 DEFINISI MOTIVASI  Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Menurut Kimble, et al (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkah laku seseorang iaitu daya penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan. 3.0 OBJEKTIF  Objektif program ini adalah untuk : 1.   Memberi pendedahan awal tentang teknik belajar yang betul kepada pelajar. 2.   Memberi motivasi agar diri pelajar lebih berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan. 3.   Mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran. 4.   Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai pelajar. 5.   Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.    4.0 PELAKSANAAN PROGRAM   4.1 Perancangan Perancangan telah dijalankan di antara Guru- guru Tahun 6 dengan Guru Besar Sk. Hj. Mat Dahan serta Guru-guru Penolong Kanan. Mereka telah memberi maklum balas yang menggalakkan dan memberi persetujuan kepada kami untuk menjalankan program ini. Seterusnya, kami merangka atur cara program motivasi ini serta berbincang mengenai proses perlaksanaan program. Oleh yang demikian, kami telah mengambil keputusan untuk manjalankan program motivasi ini dalam tempoh masa terdekat memandangkan peperiksaan UPSR akan menjelang tidak lama lagi 4.2 Strategi Pelaksanaan Program  Persediaan awal 4.2.1 Membentuk jawatankuasa program dengan melibatkan semua guru dan staf SK. Hj. Mat Dahan. 4.2.2 Membincangkan tajuk program yang sesuai mengikut tema. 4.2.3 Membuat keputusan untuk memilih tajuk berkaitan dengan program yang bakal dijalankan. Oleh yang demikian, tajuk program yang dipersetujui ialah “Kem Motivasi Kecemerlangan Diri”.   4.2.4   Mengenal pasti individu atau pihak yang perlu dihubungi untuk mendapatkan kebenaran bertulis. Antara pihak yang perlu dihubungi ialah : Guru Besar, Penceramah Jemputan, dan Lokasi yang dipilih  TENTATIF PROGRAM MASA PENGISIAN PROGRAM TINDAKAN CATATAN 8.00 pagi ► Pendaftaran peserta ► Taklimat kem. Urusetia Komander Kem 8.30 pagi ► Slot 1 : Teknik menjawab kertas Sains En. Bukhori 10.30 pagi ► Rehat/Kudapan Urusetia 11.00 pagi ►  Slot 2: Motivasi Fasilitator 01.00 t/hari ►  Rehat/makan tengah hari/solat Zohor Urusetia 02.30 petang ► Slot 3 : Latihan Dalam Kumpulan Fasilitator 04.30 petang ► Majlis penutupan kem Urusetia 05.00 petang ► Bersurai AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Puan Hajah Maziah bt. Masri (Guru Besar) Timb. Pengerusi : En. Bukhori b. Md. Desa (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi I : Tn. Haji Itam b. Sabu (PK HEM) Naib Pengerusi II : En. Hashim b. Samsudin (PK Kokurikulum) Setiausaha : Pn. Mahani bt. Othman Bendahari : En. Azmi b. Othman  Ahli Jawatankuasa : En. Harun b. Marzuki En. Mohd. Zahiruddin b. Yusoff En. Mohd. Zaidi b. Salleh En. Ismail b. Hashim Tn. Haji Yahaya b. Mohamad
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks