Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Dan Pembinaan Sahsiah 2017

Publish in

Documents

187 views

Please download to get full document.

View again

of 8
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Paper work utk Kem Qiam Pengawas
Transcript
  1 KERTAS CADANGAN KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH TAHUN 2017 FASA I SMK PARIT PANJANG TARIKH PERLAKSANAAN 27-28 JULAI 2017  ANJURAN BERSAMA UNIT HEM, UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS, PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG KEDAH DARUL AMAN  2 KEM KEROHANIAN PENGAWAS MOTIVASI SAHSIAH Fasa I SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG TAHUN 2017 1.0 PENDAHULUAN KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH adalah satu wadah dalam melahirkan pengawas yang berketerampilan dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi dalam usaha membantu proses pembinaan sahsiah dan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Program ini merupakan satu lagi program anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit Disiplin dan Pengawas serta Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk semua pengawas SMK Parit Panjang. Kem ini juga bertujuan untuk membina pengawas sekolah yang berperanan dengan berkesan dalam menjalankan tugas mereka. Pengalaman serta kemahiran kepimpinan yang tersusun kepada badan kepimpinan sekolah hanya dapat diurus dan diselia oleh guru-guru sekolah’. Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan. Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Diharapkan KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH ini dapat membuka minda para pengawas disamping memberikan pengetahuan tentang kepimpinan yang lebih berfokuskan kepada pembinaan sahsiah serta rohani insan (kekuatan mentaliti) Keterampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SMK Parit Panjang yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang. 2.0 RASIONAL Menyedarkan para pengawas tentang kepentingan mengamalkan ajaran agama Islam yang suci dalam kehidupan seharian dan wajib mengamalkan sebanyak mungkin amal ibadat dalam usaha mendekatkan diri dengan Pencipta serta menunaikan tuntutan Agama Islam untuk menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat.  3 3.0 NAMA PROGRAM “ KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH ”   4.0 MOTTO “ Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol, ”   5.0 OBJEKTIF i.   Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. ii.   Mewujudkan kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar-pelajar Islam. iii.   Memberi bimbingan dan asuhan terhadap aspek pengetahuan pelajar mengenai Islam. iv.   Memberi penghayatan iman dan Islam. v.   Membina daya kemahiran dan komunikasi yang berkesan dalam kumpulan. vi.   Membina sikap yang mempunyai daya tahan mental yang tinggi dalam mencapai penyelesaian tugas. 5.0 PENGISIAN PROGRAM Pengisian program adalah seperti berikut: a) Tazkirah Maghrib dan Subuh b) Ceramah Kerohaniaan c) Qiamulail (Solat Taubat,Solat Tahajud, Solat Hajat, Solat Witir) d) Bacaan Surah Al-Kahfi (Selepas Maghrib) e) Bacaan Surah Al-Mulk (Sebelum tidur) f) Bacaan Al-Mathurat (Selepas Asar) 6.0 PELAKSANAAN PROGRAM TARIKH PROGRAM : 27 dan 28 Julai 2017 (FASA 1) : 28 –  29 Sept 2017 (FASA 2) : 26 –  27 Okt 2017 (FASA 3) : 16 –  17 Nov 2017 (FASA 4) HARI : Khamis dan Jumaat TEMPAT : Surau Al-Falah SMK Parit Panjang, Kedah KUMPULAN SASARAN : Pengawas Sekolah seramai 80 orang 7.0 BELANJAWAN ANGGARAN PERBELANJAAN  a) Makan/minum : i. pelajar (3 kali) 80 x RM 7.00 = RM 560.00 ii. guru (3 kali) 7 x RM 7.00 = RM 49.00 b) Dokumentasi = RM 20.00 c) Luar jangka = RM 71.00 RM 700.00  4 PENDAPATAN Murid (RM5x80) = RM 400.00 Unit Kokurikulum (BBTP) = RM 100.00 Peruntukan Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan = RM 100.00 Kegiatan Pendidikan Islam = RM 100.00  RM 700.00 8.00 ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID, UNIT DISIPLIN & PENGAWAS, PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING 9.00 PENUTUP  Adalah diharapkan KEM KEROHANIAN PENGAWAS & MOTIVASI SAHSIAH ini dapat memberi kesedaran dalam diri pengawas menyedarkan pelajar betapa pentingnya kita mengamalkan ajaran Islam dan beriman dengan-Nya.Melalui kem ini pelajar dapat menilai dan bermuhasabah diri agar diri lebih dekat dengan ALLAH S.W.T agar perjalanan kehidupan pelajar dirahmati ALLAH S.W.T. Dengan itu, dengan banyaknya mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang dan seterusnya mampu mencipta kejayaan dalam segala bidang terutama dalam bidang akademik. Disediakan oleh, Disokong oleh, …………………………………   ………………………………  ( Ismi Kamarul Sham b. Ismail) ( En. Mohd Daud b. Kassim ) Ketua Guru Penasihat Pengawas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Diluluskan oleh, …………………………………  ( Pn. Jamsiah bt. Mohd Shariff ) Pengetua, SMK Parit Panjang YA  ALLAH ,   MAKBULKAN 3 PERMINTAANKU :  1.   KEBERANIAN  UNTUK MENGUBAH   PERKARA-PERKARA YANG AKU BOLEH UBAH.  2.   KEMAMPUAN  UNTUK MENERIMA   PERKARA-PERKARA YANG AKU TIDAK BOLEH UBAH  3.   DAN KEBIJAKSANAAN  UNTUK MENGENALI PERBEZAAN   DI ANTARA KE DUANYA...    AMIN!   MY LORD,   GRANT ME 3 WISHES :   1. THE COURAGE  TO CHANGE THE THINGS THAT I CAN CHANGE   2. THE  ABILITY  TO ACCEPT THE THINGS THAT I CANNOT CHANGE   3. AND THE WISDOM  TO KNOW THE DIFFERENCE!    AMEN!
Related Search

Previous Document

Water Supply Engineering

Next Document

procedures day 1

We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks