118940065-Kertas-Kerja-Persatuan-Pencinta-Alam-1.docx

Publish in

Documents

380 views

Please download to get full document.

View again

of 6
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 59200 LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN PENCINTA ALAM KOKURIKULUM – PERSATUAN (WAJ 3113) PISMP TAHUN 3 SEMESTER 6 KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR PISMP KAJIAN SOSIAL DAN MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010
Transcript
    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 59200 LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN PENCINTA ALAM KOKURIKULUM  –  PERSATUAN (WAJ 3113) PISMP TAHUN 3 SEMESTER 6  KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR PISMP KAJIAN SOSIAL DAN MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010 KE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) 17 JULAI 2012 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada M3P yang diketuai oleh Pengarah IPG KBA selaku Pengerusi Mesyuarat untuk PISMP Pengajian Sosial dan Matematik Semester 6 menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan objektif Persatuan Pencinta Alam, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. 2.0 LATAR BELAKANG Kertas kerja yang disediakan merupakan cadangan untuk mengadakan kajian dan penyelidikan akademik bagi kumpulan PISMP Pengajian Sosial dan Matematik Semester 6. Lokasi kajian bertempat di Kepong bertarikh 17 Julai 2012 iaitu selama satu hari. Kajian dan penyelidikan yang bakal dilakukan adalah bagi menepati sukatan pelajaran bagi subjek Kokurikulum  –  Persatuan (WAJ 3113) iaitu mendedahkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan dalam GERKO Persatuan. Sukatan pelajaran Kokurikulum - Persatuan mempunyai 30 jam interaksi. Guru-guru pelatih Semester 6 telah memilih untuk menganggotai Persatuan Pencinta Alam. Justeru itu, kumpulan kami telah merancang untuk menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan tugasan bagi subjek Kokurikulum  –  Persatuan ini.  3.0 OBJEKTIF DAN RASIONAL 3.1 Objektif: 3.1.1 Memenuhi keperluan sukatan pelajaran Kokurikulum  – Persatuan melalui aktiviti berpersatuan (Persatuan Pencinta Alam). 3.1.2 Mendedahkan guru pelatih kepada isu-isu berkaitan alam sekitar yang kian meruncing. 3.1.3 Memupuk kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 3.1.4 Mengenalpasti langkah-langkah positif ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 3.1.5 Merintis ke aras pembangunan lestari di IPG Kampus Bahasa  Antarabangsa. 3.2 Rasional Pemilihan Lokasi: 3.2.1 Lokasi yang sesuai kerana terdapat isu-isu alam sekitar yang boleh dikaji bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan baru kepada guru pelatih. 3.2.2 Memberi gambaran dan pengalaman sebenar kepada guru pelatih tentang isu alam sekitar seperti tanah runtuh, penebangan hutan, pencemaran alam sekitar, pemilikan tanah secara haram dan masalah lain yang terdapat di kawasan kajian. 4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN 4.1 Tarikh, masa dan tempat lawatan Tarikh : 17 Julai 2012 ( Selasa) Masa : 7.00 pagi sehingga 5.30 petang. Tempat : Forest Research Institute Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.   4.2 SASARAN Guru-guru pelatih PISMP Kajian Sosial dan Matematik Ambilan Januari 2010. Bilangan Peserta : 47 orang guru pelatih Pensyarah Pembimbing : 2 orang Jumlah : 49 orang Senarai nama peserta yang menyertai lawatan ke FRIM, sila rujuk Lampiran 1A dan 1B. 4.3 Jawatankuasa Pelaksana Sila rujuk Lampiran 2. 5.0 RANCANGAN AKTIVITI Bergerak dari IPG KBA ke FRIM tepat jam 7.30 pagi. 5.1 Aktiviti  Aktiviti lawatan yang dicadangkan adalah: 1) Kembara hutan 2) Canopy Walk 3) Melawat Taman Etno-Botanic 5.1 Tentatif Program 7.00 pagi : Berkumpul di garaj bas 7.30 pagi : Bergerak ke FRIM 8.15 pagi : Tiba di FRIM 8.30 pagi : Memulakan aktiviti Kembara Hutan 10.00 pagi : Canopy Walk 12.00 tengah hari : Makan tengah hari 2.00 petang : Melawat Taman Etno-Botanic 4.30 petang : Bertolak pulang ke IPG KBA 5.30 petang : Tiba di IPG KBA
Related Search

Previous Document

9 substansi PKN.docx

We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks