Adat Perkahwinan Masyarakat Thai

Publish in

Documents

9 views

Please download to get full document.

View again

of 15
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Adat perkahwinan masyarakat thai
Transcript
  1 TUGASAN 1: LAPORAN TEMUDUGA  2 Laporan Perkahwinan Kaum Siam Pada sesi temubual yang telah saya lakukan menemukan saya dengan seorang Ketua Sami di Wat Rajaphohong. Nama penuh beliau ialah Alkhim A/L Emtang. Beliau lahir di Bukit Selambau, Kedah dan telah memegang jawatan Ketua Sami selama 15 tahun. Saya menemu bual berkenaan adat istiadat perkahwinan kaum siam. Banyak maklumat yang saya perolehi sepanjang temu bual tersebut yang berlangsung selama 25 di sebuah dalam sebuah dewan di Wat Rajaphohong. Berdasarkan temu bual tersebut, kaum siam mempunyai adat perkahwinan yang sama seperti masyarakat lain di negara ini seperti adat meminang, bertunang dan bernikah. Adat perkahwinan masyarakat siam dimulakan dengan upacara merisikPada zaman dahulu, pasangan dipilih oleh ibu bapa mereka. Hal ini berbeza dengan zaman sekarang yang kebanyakkannya mereka telah berkawan dan menyatakan hasrat kepada ibu bapa untuk melansungkan perkahwinan. . Si lelaki biasanya akan memaklumkan hajat hatinya kepada ibu saudaranya terlebih dahulu untuk melamar gadis idaman. Kemudian ibu saudara dan ahli keluarga yang lain akan berkunjung ke rumah si gadis untuk meminang. Ibu saudara pengantin lelaki memainkan peranan yang penting dalam adat perkahwinan masyarakat ini.  Apabila tiba hari merisik, pihak rombongan pengantin lelaki akan membawa hantaran seperti gubahan daun sirih dan juga sebentuk cincin. Kadangkala pihak pengantin lelaki turut membawa beberapa barang hantaran lain seperti kain, rantai dan sebagainya mengikut kemampuan pengantin lelaki. Pihak perempuan pula biasanya tidak perlu membalas hantaran yang banyak, cukup sekadar sebentuk cincin. Cincin ini sebagai tanda kepada pasangan tersebut untuk kearah perkahwinan. Pada zaman dahulu tarikh majlis pernikahan biasanya akan ditetapkan selepas musim menuai. Kebiasaannya ia ditetapkan oleh mereka yang mahir dengan pergerakan hari dan waktu iaitu Tok Bomoh atau Tok Moh. Semua majlis pertunangan berlangsung, bakal pengantin lelaki akan menyarungkan cicin ke jari manis si gadis. Kemudian  jumlah wang hantaran serta tempoh bertunang akan ditetapkan. Sebelum hari perkahwinan, sami-sami akan pergi ke rumah pengantin untuk sembahyang dan memberi ceramah kepada pengantin dan tetamu yang hadir.Beliau memaklumkan bahawa pada hari pernikahan pengantik lelaki akan diiringi dengan alunan muzik dan tarian tradisi yang dipanggil Klongjao semasa menuju ke rumah pengantin perempuan. Pegantin perempuan pula akan tunggu di rumah. Dalam adat kaum Siam, Ketua Sami merupakan individu paling penting dan cukup dihormati di setiap Wat. Beliau ditugaskan sebagai tukang nikah.  3 Tuan Akhim berkata, mereka menyembah patung Buddha dan roh nenek moyang kerana percaya, kehidupan seharian mereka diperhatikan roh berkenaan. Sebagai tanda sah pernikahan, dahi pasangan pengantin akan dicalit sebanyak 3 titik dengan tepung tawar yang membentukan segitiga. Tukang nikah akan merinjis air tawar mengandungi bunga-bungaan dan menepung tawar ke atas tangan pasangan pengantin dengan menggunakan sejenis daun dari keluarga lengkuas. Selepas itu pengantin akan menyembah kedua-dua orang tua mereka sebelum disandingkan. Seterusnya, pengantin masing-masing akan dikalungkan sekalung bunga melur dan seutas tali pengikat atau dipanggil 'benang hidup'. Ia akan dililitkan di atas kepala mereka dan kemudian doa akan dibaca oleh jurunikah. Benang hidup sering digunakan dalam upacara ritual kaum ini. Akhir sekali upacara merinjis air mawar ke tangan pasangan pengantin dimulakan oleh Ketua Sami. Dalam perkahwinan, saya diberitahu bahawa perkahwinan dalam kaum Siam biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Apabila upacara perkahwinan bermula, kedua pengantin akan melakukan sembahyang di tempat khas, memohon Lord Buddha menyaksikan perkahwinan ini serta mencucuri rahmat dan kesejahteraan hidup kepada pasangan tersebut. Selepas itu, pasangan pangantin kemudiannya akan duduk bersimpuh dan menundukkan badan mereka atas bantal atau bangku rendah yang disediakan khas dan tangan mereka akan bertangkup. Ketua Sami kemudiannya akan meletakkan kalung yang diperbuat dari benang hidup (benang sutra) atas kepala pasangan pengantin tersebut. Kedua  – dua kalung itu dihubungkan pada seutas benang. Hubungan ini menandakan pencantuman hidup mereka itu sebagai suami isteri. Selepas itu, ibu bapa pasangan pengantin akan melafazkan nasihat serta ajaran rukun rumah tangga kepada pasangan pengantin supaya dapat hidup bersama dengan aman damai sehingga akhir hayat. Para sami yang dijemput khas upacara perkahwinan itu kemudiannya akan membacakan doa selamat sambil merenjiskan air doa serta menaburkan bunga  – bunga ke atas pasangan tersebut. Hasil daripada sesi temubual yang telah dijalankan, saya mendapati adat perkahwinan kaum siam tidak banyak bezanya dengan kaum-kaum lain seperti kaum melayu. Terdapat banyak persamaan yang saya lihat dari aspek perkahwinan contohnya pemberian cincin semasa hari pertunangan. Saya berharap agar temu bual yang dilakukan ini dapat menjadikan diri saya semangat untuk lebih mendalami adat dan budaya kaum-kaum lain. Di samping itu, ia juga dapat melahirkan sikap  4 menghormati agama dan budaya kerana kita hidup dalam negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama.
Related Search

Previous Document

HAS 3260

We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks