Isu Fiqh (Kosmetik Mesra Wuduk)

Publish in

Documents

177 views

Please download to get full document.

View again

of 9
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Fiqh Kontemp
Transcript
  1 1.0 Pengenalan  Keanjalan sistem perundangan Islam menjadikannya sentiasa bersifat semasa yang mampu berfungsi untuk menyelesaikan keperluan ummah yang semakin pelbagai. Melalui instrument-instrumen asas pembentukan hukum seperti uruf, sifat kontemporari hukum- hukum Islam dapat dipertontonkan. Begitu juga dalam menentukan hukum Kosmetik Mesra Wuduk ini , kerana semua hukum yang ada di dunia ini hukum asalnya adalah harus kemudian ianya bertukar hukum yang lain jika ada dalil-dalil yang lain yang membahaskannya. Tentang perbahasan ini suka saya untuk berkongsi perbahasan yang telah dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2.0 Perhiasan dan Galakkan Terhadapnya  Al- Bujairimi (1951) dan Qal’aji (2000) di dalam buku Isu -Isu Fiqh Kontemporari keluaran UNISZA ada menyebut bahawa mentakrifkan perhiasan sebagai barang yang dipakai untuk menambah kecantikan Perhiasaan dan kecantikan adalah merupakan fitrah semulajadi bagi setiap wanita. Seperti yang dimaklumi bahawa wanita teramat suka kepada kecantikan dan ianya juga tidak dapat dipisahkan daripada sifat kewanitaan semenjak penciptaannya lagi. Firman Allah SWT: َ   ّ   ُََّز   َّْُ   ََو   ُَوُُ   َْَْََو   ّّرَْَأ   ْّ   َْُْَ   ّتَّْؤُْّ   ُَو   َْّ   َََظ     ّّُُ   ٰََ   ّّُُّ   َْّْَْَو     ْوَأ   ّّَُُّ   ّ   ُََّز   َّْُ   ََو   ّّئَآّّاَْخّ   ّَ   ْوَأ   ّّاَْخّ   ْوَأ   ّّَُُ   ّ َْَأ   ْوَأ   ّّئَْَأ   ْوَأ   ّّَُُ   ّ َآ   ْوَأ   ْوَأ   ّ  ا   َّ   ّَْرّْا   ّوُأ   ّْَغ   َّّا   ّوَأ   ُُَْَأ   ْَََ   َ   ْوَأ   ّّئَّ   ْوَأ   ّّاََخَأ   ّَّلَ   ّ َّ  ا   ّتاَرْَ   ٰََ   اوُَْَ   ْَ   َّا   ّْّ  طا   ّوَأ     َ   ََْُّ   ّّُْرَّ   َْّْَ   ََو   ّّَّز   ّ   َّْُ     َنُّْُ   ْُََ   َنُّْؤُْا   ََأ   ًّَ   ّ   َّ   اُُَو Maksudnya : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat  pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan- perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.  (Surah al-Nur: 31)  2 Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat daripada surah al- Nur ayat 31 berkata: “Hiasan kecantikan adalah halal bagi wanita kerana menepati fitrah mereka. Kesemua wanita teramat suka kepada kecantikan. Bentuk perhiasan berbeza dari zaman ke zaman akan tetapi asasnya adalah daripada fitrah yang satu. Hiasan kecantikan juga adalah suatu yang menjadi keinginan dalam menghasilkan kecantikan dan penyempurna kepada kecantikan. Islam tidak menentang keinginan fitrah ini akan tetapi Islam mengaturnya dan menetapkan dawabitnya. Dan Islam menjadikan hiasan kecantikan ditujukan kepada seorang lelaki (iaitu orang yang berkongsi kehidupan dengannya) dizahirkan hiasan kecantikan tidak kepada orang lain selain mereka. Dan juga mereka saling berkongsi dalam mengzahirkan hiasan kecantikan sesama mereka (selain suami) dan juga kepada mahram lelaki yang disebut pada ayat selepasnya, iaitu yang sudah tidak mempunyai kesan kepada syahwatnya disebabkan hiasan kecantikan itu.” Ini boleh merujuk pada kitab Tafsir fi Zilal al-Quran  (4/2512). Daripada Ibn Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda:   َلََْا   بّُ   ٌّَ   َ   نإ   Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan .”  Riwayat Muslim (147) Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram  menyebut: Sebelum Islam meletakkan perhatiannya yang tinggi kepada perhiasan yang elok dan baik, terlebih dahulu diberi perhatian sepenuhnya kepada soal kebersihan yang menjadi pokok utama bagi semua perhiasan dan pemandangan yang cantik. Rasulullah SAW bersabda: ُفْّَ   َمَْا   نّَ   اُََ   Maksudnya : “Bersihkanlah diri kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”   Riwayat Ibn Hibban Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: ََاَا   ّ   ّّّحَص   َعَ   ُنَّاَو   ّنَّا   َّ   اُْَ   Maksudnya : “Kebersihan itu menyeru kepada keimanan dan keimanan pula akan mendampingi tuannya di dalam syurga.”   Riwayat al-Tabarani Oleh kerana itu, Islam menggalakkan umatnya sentiasa dalam keadan bersih dari segi pakaian, tubuh badan, rumah tangganya dan sebagainya. Islam juga mengambil berat terhadap kebersihan gigi, tangan, kepala dan lain-lain lagi. Islam mensyaratkan kebersihan dalam agama sebagai kunci ibadat kepada Allah SWT iaitu solat. Tidak akan diterima solat seseorang Muslim itu melainkan tubuh badan, pakaian dan tempat untuk solat berada dalam keadaan bersih dan suci, di samping menjaga  3 kebersihan diri sendiri. Ini semua adalah isi yang terkandung dalam buku al-Halal wa al-Haram  oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Penerangan yang disebut oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di atas ini bertepatan dengan apa yang telah lama disebut oleh Imam Malik rahimahullah berkenaan dengan hadis “ Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan .” Iaitu berkaitan dengan berpakaian dengan pakaian yang kelihatan cantik, bersih ketika solat dan juga bercantik- cantik dengan pemakaian dan berwangi-wangian pada hari-hari perhimpunan manusia. ini juga dapat dirujuk pada al-Muntaqa Syarh al- Muwatta’    karya Abu al-Walid al-Baji al-Maliki (7/220). Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi juga berkata dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram : “Jika Islam membolehkan kita untuk berhias diri, kita dituntut untuk menghias diri dan melarang untuk mengharamkan perhiasan diri, sesuai dengan firman Allah SWT: قْزّ  ا   َّ   ّتَّ  طاَو   ّهّدَّّ   َجَْخَأ   ّا   ّ   ََّز   َمَح   ْَ   ْُ   Maksudnya: Katakanlah (hai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan  Allah SWT yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?  (Surah al-  A’raf: 32)  Islam juga mengharamkan ke atas kaum lelaki dua jenis perhiasan, namun begitu tidak pula diharamkan-Nya kepada kaum wanita. Lihat al-Halal wa al-Haram  (116) Kami nukilkan juga di sini daripada al-Fiqh al-Manhaji  : Terdapat beberapa dalil umum yang menunjukkan kesemuanya merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya yang dijadikan untuk mereka nikmati dan mengambil manfaat dalam kehidupan mereka sama ada daripada pakaian, perhiasan, kegunaan dan keseronokan hidup mereka di dunia. Firman Allah SWT: ًّَ   ّضْرَْا   ّ      ُَ   َََخ   يّا   َُ   Maksudnya : Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.  (Surah al-Baqarah: 29) Firman Allah SWT:  4 ّقْزّ  ا   َّ   ّتَّ  طاَو   ّهّدَّّ   َجَْخَأ   ّا   ّ   ََّز   َمَح   ْَ   ْُ     ّ   اُَآ   َّّ   َّ   ْُ   ّََّْا   َمْَ   ًَّَخ   َْا   ّةََْا     َنُَْَ   ٍْَّ   ّتَْا   ُّ  َُ   َكّٰََ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan  perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan- Nya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia, (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat.” D emikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu  persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.  (Surah al-  A’raf: 32)  Begitu juga firman Allah SWT: ًشّرَو   ْُّآْَ   يّراَُ   ًَّ   ْُْََ   َْََأ   ْَ   َمَدآ   ّَ   َ     ا   ُسَّَوٌْَخ   َكّٰَذ   ٰىَْ     َنوُَ   ْُََ   ّ   ّتَآ   ْّ   َكّٰَذ   Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).  (Surah al-  A’raf: 26)  Justeru, berdasarkan dalil-dalil tersebut dan dalil yang lain, ternyata bahawa hukum asal semua yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan adalah halal dan harus melainkan yang dikecualikan daripada hukum asal tersebut dengan nas-nas yang khusus. Lihat al-Fiqh al-Manhaji   (3/90) 3.0 Hukum Berkaitan Berhias Bagi Wanita  Dalam penulisan Ustaz Zulkifli juga beliau juga menyatakan bahawa hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mem punyai asas daripada syara’ akan  tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syara secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita. Beliau juga ada membawakan beberapa soal jawab fatwa berkenaan hukum berhias bagi wanita, antaranya: Fatwa Syeikh Abdul Halim Mahmud berkenaan hukum wanita memakai Lipstik dan Perhiasan. “Di antara hak wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan kecantikan serta perhiasannya. Firman Allah SWT:

Previous Document

batu-rpp

Next Document

Kimia Pangan

We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks