Laporan Big

Publish in

Documents

4 views

Please download to get full document.

View again

of 13
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan salah satu program yang wajib dijalani oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada setiap semester. Pada semester keempat, setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti khidmat sosial iaitu program anak angkat untuk melengkapkan Program Bina Insan Guru pada kali ini. Proses pembinaan insan guru terbina berasaskan kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang
Transcript
  PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan salah satu program yang wajib dijalani olehpelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada setiap semester. Padasemester keempat, setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti khidmat sosial iaituprogram anak angkat untuk melengkapkan Program Bina Insan Guru pada kali ini.Proses pembinaan insan guru terbina berasaskan kesedaran bahawa profesionperguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membinagenerasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeruitu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspeksama ada jasmani, emosi, rohani, atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru jugaadalah satu kewajipan untuk menampilkan peribadi jati diri yang baik di sampingmeningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar iamenjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalammengharungi cabaran di era globalisasi. OBJEKTIF BINA INSAN GURU  Menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai persediaandan perlaksanaan aktiviti kemasyarakatan    Memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran aktiviti-aktiviti utama dansampingan dalam masyarakat    Mengamati, mengahayati dan menghargai kemahiran bersosial dan berkomuniti    Mengukuhkan sikap nilai-nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain danbersama komuniti    Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan    Memantapkan sifat keyakinan diri dan tegas dalam menjalankan tugas.    LATAR BELAKANG KELUARGA ANGKAT. Kami dipilih oleh sebuah keluarga angkat di kampung tersebut secara rawakdan orang yang mengambil kami sebagai anak angkat mereka adalah En. Hamid b.Yunus dan isteri beliau pula bernama Pn. Zaleha bt. Seman. Hasil daripadaperkahwinan mereka, mereka telah dikurniakan seramai 3 orang cahaya mata iaitu duaorang lelaki dan seorang perempuan yang juga sebagai anak bongsu mereka. Anakpertama mereka berumur 22 tahun dan bekerja sebagai kontraktor di sungai petani danakan balik ke rumah setiap hari minggu. Dia juga sudah bergelar tunangan orang yangberasal dari Machang, Kelantan sejak beberapa bulan yang lepas . Anak keduapasangan tersebut pula berumur 20 tahun dan bekerja sebagai polis di Skudai, Johor.Manakala anak mereka yang terakhir berumur 17 tahun dan akan mendudukipeperiksaan besar pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Beliau digelar oleh orang kampung tersebut sebagai Pak Ngah Hassan. Beliauberumur 63 tahun manakala isterinya pula berumur 55 tahun. Beliau merupakanpenduduk yang baharu di kampung tersebut kerana baru lapan tahun mereka menetapdi kampung tersebut, Kampung Kuala Kedua dan sebelum ini menetap di KampungLalang, Baling . Buktinya dapat kami lihat melalui keadaan rumah yang separuh siapkerana rumah tersebut dibina dengan hasil titik peluh ayah angkat kami sendiri tanpabantuan orang lain. Walaupun begitu, rumah tersebut kelihatan kemas dan bersihkerana emak angkat kami seorang yang rajin dari semua aspek terutama mengemasrumah. Kebiasaannya emak angkat kami akan mengemas pada waktu pagi iaitusewaktu adik bongsu berada di sekolah manakala ayah pula berada di ladang getah.Menurut emak angkat kami, ladang getah tersebut merupakan kepunyaan mereka danladang tersebut merupakan hasil peninggalan arwah nenek dan datuk angkat kami.Ayah angkat kami bekerja sebagai penoreh getah manakala emak angkatbekerja sebagai penjual kuih di pekan baling. Oleh itu, emak terpaksa bangun awalpagi untuk memasak kuih. Kuih yang dibuat oleh emak ialah kuih Cucur jawa iaitu kuihyang kelihatan seolah-olah seperti topi koboi. Jadi, sebelum ayah pergi menoreh getah,ayah perlu menghantar kuih ke pekan untuk dijual kepada peraih-peraih kuih.Kebiasaannya jumlah kuih yang dihasilkan oleh emak mencecah sehingga seratus bijidan menurut emak, kuih tersebut dijual empat biji dengan harga RM1.00.  Rumah keluarga angkat kami adalah berdekatan dengan bapa saudara angkatkami yang juga merangkap sebagai adik kepada emak angkat kami. Rumah merekamerupakan rumah kedai dan boleh juga dikenali sebagai kedai runcit di kawasantersebut. bapa saudara angkat bekerja sebagai penjual ikan dan sayur dan beliau akanbergerak dari kampung ke kampung, bergerak dari rumah ke rumah denganmenggunakan van berwarna putih kepunyaannya. Selain itu, rumah keluarga angkatkami juga berdekatan dengan dusun buah-buahan atau lebih tepat lagi, rumah kamidikelilingi dengan pokok buah-buahan.Keluarga angkat kami boleh dikatakan berada di tahap yang sederhana keranakami dapati mereka tiada kenderaan besar seperti kereta mahupun van dan hanyamemiliki dua buah motosikal iaitu motosikal baru dan lama. Motor yang lamadigunakan ayah untuk menoreh manakala motor baru digunakan oleh anak bongsumereka untuk ke sekolah. Adik bongsu dikenali sebagai Sakinah dan dia terpaksamenggunakan motosikal untuk ke sekolah kerana jarak rumah ke sekolah agak jauh.Dia terpaksa pergi ke sekolah yang jauh kerana hanya di sekolah tersebutmenyediakan aliran Sains Tulen bagi pelajar SPM. Menurut emak, Sakinah tidak mahutinggal di asrama walaupun jarak untuk ke sekolah jauh dan dia rela untuk berulang-aliksetiap hari untuk ke sekolah.  SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ANGKAT Ketika berada di rumah keluarga angkat, kami telah membantu ayah dan emakmembersihkan kawasan rumah dengan melakukan gotong-royong di halaman rumahiaitu di bahagian depan mahupun belakang rumah. Walaupun begitu, tidak banyakkerja yang kami buat kerana kawasan rumah tersebut kelihatan bersih kerana telahdicuci oleh ayah pada setiap petang dan pada waktu lapang. Selain itu, kami juga turutmembantu ayah dan emak megemas rumah yang kelihatan bersepah dengan barang-barang hantaran pertunangan abang angkat kami di sebuah sudut dinding. Kamimengelap habuk dan menyusun barang hantaran tersebut dengan kemas dan teratur.Selain itu, kami juga turut membantu emak menjual kuih dan buah di pekan Baling.Buah yang dijual adalah manggis, rambutan dan durian. Menurut emak dan ayah,biasanya mereka menjual kuih sahaja dan buah dijual pada musim buah sahaja. Jadi,apabila musim buah menjelang tiba, dapatlah mereka mencari rezeki yang lebih sedikitdaripada biasa.Kami juga berpeluang membantu ayah mengait buah rambutan di belakang rumah.Buah tersebut akan emak dan ayah jual di pasar dan buah tersebut juga akan kamibawa balik. Sebelum buah tersebuat dihantar ke pekan, buah tersebut kami prosesdengan membersihkan dan meleraikannya daripada tangkai supaya buah-buahrambutan tersebut kelihatan bersih dan kemas.Selain itu, kami juga turut membantu emak di dapur menyiapkan makanan pada setiaphari. Oleh itu, kami mengambil peluang memasak makanan yang terkenal di negerikami masing-masing dan menyuruh emak kami berada di ruang tamu sambil menunggumasakan kami siap dimasak dan dihidang.Pada waktu malam, kami akan membantu adik bongsu kami dengan menolongnyadalam pelajaran. Tambahan lagi, kami juga turut memberi nasihat berunsur motivasikepadanya supaya belajar bersungguh-sungguh dan jangan sesekali melupakan emakdan ayah apabila berjaya kelak. Kami juga turut memberi garis panduan untuksambung belajar selepas mendapat keputusan SPM. Hal ini kerana, kai dapati adikangkat kami kelihatan bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh dalammencapai kejayaan dengan menampal kata-kata semangat dan nota-nota ringkas didinding biliknya.
Related Search

Previous Document

TERAPI AKTIVITAS KELOMPOK

Next Document

sejarah linguistik

Related Documents
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks