Pengurusan Harta Melalui Hibah

Publish in

Documents

75 views

Please download to get full document.

View again

of 14
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
HIBAH
Transcript
  The National Universityof Malaysia 91 Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 91 - 104www.ukm.my/jhadhari PENGURUSAN HARTA MELALUI HIBAH: KEPENTINGAN DAN MANFAAT DARI PELBAGAI ASPEK UNTUK KEMAJUAN UMMAH (Hibah Wealth Management: The Important and Benefit from Various Aspects for Ummah Development) 1 RUSNADEWI ABDUL RASHID 2 NOR HISYAM AHMAD 1 Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara Perlis, Malaysia 2 Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya  ABSTRAK   Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu  perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian  pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar. Manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid. Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul. Dianggarkan sejumlah RM42 bilion harta pusaka orang Islam telah gagal diagihkan kepada waris yang sah disebabkan masalah  yang tertentu. Antara faktor yang dikenal pasti adalah berkait rapat dengan kurang keberkesanan dalam sistem pentadbiran dan juga sikap pewaris. Justeru melihat kepada masalah yang wujud, masyarakat perlu didedahkan dengan cara  pengagihan harta semasa hidup sebagai perancangan awal pengagihan harta bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul kepada harta yang ditinggalkan selepas kematian mereka. Ini memandangkan masalah tunggakan harta pusaka boleh mendatangkan implikasi yang buruk dari perspektif ekonomi, undang-undang, agama dan sosial. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang kepentingan perancangan harta dan kebaikan-kebaikan pelaksanaan hibah. Justeru itu, pemberian harta melalui hibah boleh diaplikasikan secara meluas pada masa kini bagi memberikan kebaikan kepada masyarakat. Kata kunci : Hibah, pusaka, faraid, pembahagian harta Corresponding author: Rusnadewi Abdul Rashid, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara Perlis, Malaysia, e-mel: rusnadewi@perlis.uitm.edu.my  92  Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 91 - 104  ABSTRACT   Estate management planning in Islam is divided into two, during the lifetime and after the death of property owner. Among the estate planning forms of life are as gift inter vivos (hibah), bequest (wasiat), endowment, charity and vows. Meanwhile, the management of property after owner’s death is subject to law of succession (faraid). Although faraid has been playing a vital role in the division of succession property, the fact remains that the distribution of the property through this way may lead to some problems if it is not properly administered and truly understood. It is estimated about RM42 billion of the  Muslims inheritance property could not be distributed to the legal heirs due to the certain reasons. Amongst the identified factors are particularly related to the lack of efficiency in administration system and also the attitude of the legal heirs. As the result of the occurrence of the problem, people should be exposed to the way of distribution of property during their lifetime as a mode of an early estate management planning to avoid any difficulties which may evolve regarding to the property distribution after their death. The failure of the distribution of said estates could lead to several bad implications in forms of legal, economic, religion and social perspective. This article aims to discuss the importance of estate planning and the benefits of the implementation of  gift inter vivos (hibah). This form of estate planning can be applied widely in the current situation for the benefit of society. Key words : hibah, law of succession, faraid, distribution of property PENGENALAN Islam sebagai agama yang sempurna telah menentukan cara-cara pemilikan harta yang sah menurut hukum syarak seperti pemilikan melalui hibah, wasiat, wakaf serta  faraid  . Pemilikan harta oleh seseorang individu melalui salah satu cara tersebut telah diiktiraf oleh Islam sebagai hak milik sempurna (Mohd Zamro 2006). Oleh yang demikian, hak milik ini tidak boleh dilucutkan oleh sesiapapun tanpa persetujuan daripada pemiliknya melainkan dengan cara yang dibenarkan. Mana-mana individu yang memiliki harta di bawah kategori hak milik sempurna adalah bebas menggunakan serta menikmati harta mereka dalam batas-batas yang ditetapkan. Justeru sebagai satu pengiktirafan kepada hak milik yang diberikan, mereka layak melaksanakan apa-apa transaksi berkaitan harta tersebut termasuk melakukan pindah milik, wakaf, wasiat dan hibah. Selain daripada itu, mereka juga berhak mewariskan harta tersebut selepas kematian dalam bentuk pusaka. Konsep pengurusan harta merupakan perkara yang amat penting bagi menjamin agar harta mampu beredar dan bergerak cergas di dalam pelbagai  93  Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan Dan Manfaat Dari Pelbagai Aspek Untuk Kemajuan Ummah sektor kehidupan bagi penggunaan yang luas dan menyeluruh. Konsep pengurusan harta sedemikian memberikan hak pemilikan kepada seseorang atau segolongan yang lain. Selain itu, pengurusan harta yang baik boleh memberi galakan kepada transaksi harta agar dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh masyarakat. Oleh yang demikian, pengurusan harta secara sistematik dan teratur ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesukaran-kesukaran yang boleh melemahkan kegiatan ekonomi masyarakat dalam sesebuah negara. Walaupun konsep pengurusan harta sangat penting dan mempunyai manfaat dan tujuan kebaikan, namun malangnya, masih ramai di kalangan masyarakat di negara ini yang kurang kesedaran atau minat untuk membuat perancangan awal pengagihan harta. Menurut statistik, dianggarkan tunggakan kes tuntutan harta pusaka di Malaysia telah mencecah RM 42 bilion (Ghazali 2011). Kebanyakan kes tersebut iaitu hampir 90 peratus daripadanya melibatkan harta milik orang Islam (Ghazali 2011). Menyedari masalah itu, suatu penyelesaian terbaik perlu dicari dan diteliti secara serius. Justeru itu, hibah dilihat mampu menjadi alternatif kepada pengagihan harta pusaka sebagai langkah mengurangkan masalah yang timbul akibat kegagalan dan kelewatan pengagihan harta melalui  faraid   tanpa mengetepikan kepentingan hukum  faraid   dalam aspek pembahagian harta. Ini adalah bagi memastikan pembahagian harta yang dilaksanakan menjadi lebih mudah dan dapat memberikan faedah yang maksima bukan sahaja kepada waris-waris malahan kepada orang yang telah meninggal dunia. Pelaksanaan hibah dilihat amat sesuai untuk diamalkan seiring dengan peredaran masa serta perubahan corak hidup dan tabiat masyarakat. Ini adalah memandangkan pengagihan harta secara hibah tidak perlu melalui proses pentadbiran seperti yang diperlukan dalam permohonan dan penyelesaian harta pusaka secara  faraid  . Justeru itu, tidak timbul masalah dari segi kelewatan dan tunggakan kes pengagihan harta. Selain daripada itu, masalah pengabaian pembahagian harta juga tidak akan timbul memandangkan pemberian telah dibuat semasa hayat si mati kepada waris-waris tersebut. KEBAIKAN PEMBERIAN HARTA DIBUAT SECARA HIBAHHibah Sebagai Satu Cara Pengurusan Harta Yang Dianjurkan Islam Konsep hibah yang wujud dalam al-Quran dan sunnah serta diamalkan oleh orang-orang Islam di seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia merupakan satu bentuk pengurusan harta yang dianjurkan Islam. Ia bukan bertujuan untuk membelakangi sistem pembahagian harta secara  faraid  , tetapi sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam. Menurut seorang ahli akademik iaitu Dr. Siti Zalikhah Md. Nor, beliau berpendapat bahawa masyarakat perlu memahami bahawa sistem  faraid   sebenarnya adalah satu bentuk pengagihan harta  94  Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 91 - 104 kepada waris apabila seseorang meninggal dunia secara mengejut atau meninggal dunia dalam usia yang muda sebelum sempat memikirkan tentang persediaan pengagihan harta. Justeru itu, beliau menyarankan agar hibah dijadikan sebagai satu bentuk perancangan awal pewarisan harta untuk tujuan kebajikan (Zalikhah Md. Nor 2002). Tegas beliau lagi, hibah merupakan satu alternatif pengurusan harta yang membawa tujuan atau maksud yang sama dengan bentuk-bentuk sistem pewarisan harta yang lain iaitu pengagihan harta kekayaan secara adil dan boleh memupuk kasih sayang serta mencegah permusuhan (Zalikhah Md. Nor 2002). Pendapat beliau ini juga disokong oleh Abdullah bin Muhammad, iaitu seorang Pengarah Seksyen Pembangunan Pusaka di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dalam suatu buah kertas kerjanya (Abdullah b. Muhamad 2006). Beliau yang amat berpengalaman dalam bidang pembahagian harta pusaka telah mencadangkan agar minda masyarakat yang selama ini hanya menggunakan mekanisme pembahagian harta pusaka secara konvensional diubah kepada konsep yang menggunakan pendekatan ‘pemberian semasa hidup’ seperti hibah. Tambahan lagi, pelaksanaan hibah adalah sunat dan digalakkan di dalam Islam. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil seperti berikut:Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran 3:92 yang bermaksud:  Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Juga dapat dilihat dalam firmanNya dalam Surah al-Maidah 5:2 yang bermaksud:  Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa. Selain itu, dalam Surah al-Baqarah 1:177 yang bermaksud:  …dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya kepada kaum kerabat. Selain daripada dalil yang terdapat dalam al-Quran, pelaksanaan hibah juga telah disebut dalam sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks