PENULISAN ESEI

Publish in

Documents

71 views

Please download to get full document.

View again

of 5
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
ok
Transcript
  PENULISAN ESEI ( AKADEMIK) Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Kriteria pemilihan media haruslah dikembangkan sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai, kondisi dan kesukaran yang ada dengan melihat kemampuan dan sifat-sifat khasnya dengan media yang berkaitan. Memilih media tidak boleh dilakukan secara sebarangan, melainkan dipilih atas kriteria tertentu. Kesalahan pada saat pemilihan, baik pemilihan jenis media mahupun topik yang dimediakan, akan membawa akibat panjang yang tidak kita inginkan dikemudian hari.  Antara kriteria pemilihan media yang boleh diambil kira adalah media sesuai dengan teori. Pemilihan media ini harus dipilih atas kesesuaian dengan teori. Media yang dipilih bukan kerana minat guru terhadap suatu media yang dianggap paling bagus, namun dipilih atas teori yang dinilai dari segi sudut penelitian sehingga telah teruji kesahihannya. Pemilihan media harus merupakan bagian integral dari keseluruhan proses pembelajaran yang fungsinya untuk meningkatkan efisien dan efektif pembelajaran.     Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran yakni dalam sesi pembelajaran. Media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran, pembelajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu: a. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem) b. Media tayang gerak (video, filem, cakera) c. Grafik (lukisan, poster, kartun) d. Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad) e. Media pameran (model, boneka, diorama) f. Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita) g. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat) h. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah) Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang kebanyakannya melibatkan kemahiran lisan: mendengar dan bertutur tidak kira dalam pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan lain-lain. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu khususnya, kemahiran ini sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai   dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: Kesesuaian dengan perkara Penjelasan Objektif dan matlamat  pengajaran (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan  pemilihannya ditentu lebih terdahulu.  Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar; Suasana pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid; (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:    Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi.    Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya  juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan,  minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur  –  mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan  –  bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.    Bahan yang menarik minat murid-murid  . Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;    Bahan yang jimat dan murah Perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);    Bahan yang praktikal   Dari segi boleh guna, ekonomik  –  digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat  juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;    Bahan yang bersifat luwes - Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan bantuan belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan, bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang lebih relevan dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks