Punca Masalah Disiplin Pelajar

Publish in

Documents

5 views

Please download to get full document.

View again

of 16
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar Posted on 14 Mac, 2008 by admin Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih
Transcript
  Punca-punca dan cara-cara mengatasimasalah disiplin pelajar  Posted on14 Mac, 2008by admin Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhiperaturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalangolongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalahini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?   Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa eraglobalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab merekamendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalankeluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapamereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.   Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengandrastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencubapula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yangtelah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplinpelajar yang terus merosot itu.   Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar seringmenganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dansanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawabmereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turutmerosot dengan drastiknya.   Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turutmenjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakanmasalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan inimenyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akandilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin inimenyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolahmenangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.   Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi puncamasalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masamereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yangmereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.   Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masamereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadimereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yangberhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.   Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban harikita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlubertegas dan berpijak di bumi nyata.    PENGENALAN   “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “   Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat  belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dadaakhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalahdisiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan .Walaupunpelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.Pembangunannegara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawabersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidupyang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti  pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali „Black Metal‟. Hakikatnya jel as dapat dilihat dengan bertambahnya bilanganpelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan olehpelajar-pelajar. KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN  Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterimaoleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti pontengsekolah, melawan guru, bersikap antisosial(peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner‟s, disiplin didefinisikan sebagai : “ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not”  Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ket aatan kepada peraturan-  peraturan yang ditetapkan”. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.   Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger‟s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihandan dendaan (Training and punishment)”.  Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dansederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yanglebih berat sepatutnya direkodkan. PONTENG SEKOLAH  Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkantanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes pontengsekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolahdi kalangan pelajar-  pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itusendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diriseseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkankeruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yangmempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluananak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasihsayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer)di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH  Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah”.  Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea,keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensikerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi. (Utusan Malaysia 20 Feb 97)Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumatkepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang  terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataanSaudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeriJohor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatanpelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor.Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelapdi kalangan pelajar adalah:Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dansekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkansokongan di luar institusi tradisional.Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan sense of belonging dan menjadi sumber utama penampilanidentiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa danmenguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan danahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dankekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan denganpenambahan sumber dan keahlian kumpulan.Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiringdengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebihluas.Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulanharam atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu:a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka.  b. Perasaan komitmen dan sense of belonging”, dikagumi dan kekuasaan.  c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti.d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai.e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan. BAHAN LUCAH  Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar dirogol atau menjadi perogol yang mana rata-ratamereka ini berumur dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun yang masih dibangku sekolah. Tidak hairanlah jika merekaini berani membawa bahan lucah ke sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan perbuatanyang tak senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan sekolah. Hal ini berlaku tidak laindisebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan mudah diperolehi .Baru-  baru ini kita dikejutkan oleh laporan akhbar, „ Ibu bapa dan anak kongsi bahan lucah‟(Berita Harian: 22 Oktober 2001). Laporan di atas bedasarkan kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 murid Tahun 6dari mukim Ulu Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa antara faktor yangmendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan dan unsur lucah.Walaupun penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak kerajaan VCD lucah masih lagi yang boleh dibeli di pasaran terbuka seperti pasar malam dengan hanya RM3 sahaja setiap satu. Mereka sering menonton „aksi‟ yang boleh menaikka n nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk melakukan perbuatan merogol dan membunuh.Oleh sebab kebanyakan mereka dalam lingkungan umur persekolahan, pihak sekolah, ibu bapa, polis, dan masyarakat tidak boleh memandang masalah ini dengan ringan, malah sesuatu yang berkesan perlu dilakukan segera untuk membendunggejala yang amat membimbangkan ini. Pihak penguatkuasa undang-undang juga bertanggungjawab terhadappenguatkuasaan yang kurang berkesan. Pengusaha tempat hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan soal moral dan etika juga bertanggungjawab terhadap gejala yang membimbangkan tersebut. . Oleh yangdemikian, penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan diketatkan, dan pengusaha pula kembali memikirkan tindakan merekademi masa depan generasi muda. “Remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 18 tahun terlibat dalam persembahan Hip Hop di pusat hiburan di ibu kota. Sekumpulan remaja perempuan berpakaian seksi , seperti baju sendat bertali halus, berpeluk-pelukan di khalayak ramai.Mereka ini bercampur bebas dan berkucupan tanpa segan silu. Lirik lagu Hip Hop menggalakkan seks bebas, kelucahan melampau dan keganasan. “  Laporan Berita Harian 17 Julai 1999 ( Sabtu ) ,Seorang komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair iaitu, M.Nasir (Berita Minggu 26 September 1999) berpendapatpembaratan Muzik Malaysia sudah berlaku sejak zaman penjajahan Barat terhadap Asia Tenggara lagi. Kini terbuktilahbudaya kebaratan ini semakin menular dan remaja menjadi mangsa mereka. Langkah sewajarnya perlu diambil agar halsebegini tidak semakin menular. Kesan yang besar kepada negara di masa hadapan kerana golongan inilah yang akanmenyambung warisan kemajuan serta kemakmuran yang dikecapi selama ini. PERBINCANGAN:   FAKTOR-FAKTOR UTAMA  Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini berlaku. Punca utama ialahpengaruh media massa. Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti  oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikankerana usia mereka yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah.Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapananak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pulamenyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorangitu bermula di rumah.Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah. Namun, keadaan di sekolahbukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya,tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas.Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorangpelajar itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jikasesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja.Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Ada pelajar yang masih berkawan denganrakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudahmenamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukansesuatu tindakan untuk menarik perhatian.Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akanterbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat danberkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti.Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak wajar jika sesetengah pihak sahaja yangdipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan guru mestilah memainkan peranan mereka masing-masing.Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin menjadi salah satu puncakemerosotan disiplin. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4:6. (Berita Harian :19 Julai 1999) .Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan menurut Kementerian Pendidikan, fenomenakekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan dimaktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Begitu juga di peringkat universiti , di mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk menceburi bidang pendidikan.Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki yang bermisai lebat dan berwajah garang. Apabilaorang lelaki semakin menghindari profesion ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa tahap disiplin pelajar hari inisemakin merosot. KESAN  Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaanremaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yangmelibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993).Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haramtersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah.Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atausalah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsakeganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yangselamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah:a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya.b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin dikalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosialyang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-puncapenglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar,sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakatadalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh. CADANGAN  1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini.2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkandisiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kessalah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru,bertumbuk dan sebagainya.3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling  –  Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugasdengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf danseterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks