REFLEKSI

Publish in

Documents

20 views

Please download to get full document.

View again

of 3
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
vg
Transcript
  REFLEKSI Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Seni Dalam Pendidikan ( RBTS 3052) . Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya perlu ambil bagi semester dua ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya (SDP) menekankan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran menyeronokkan yang akan membuatkan murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Seni dalam pendidikan tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi, seni mempertahankan diri dan lain-lain lagi. Kursus ini lebih memfokuskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan Kursus Seni dalam Pendidikan merangkumi pelbagai objektif. Objektif Seni dalam Pendidikan yang umum adalah meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, kursus ini juga menetapkan objektif mengintegrasikan Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. Ini juga memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan dengan menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik, dan teknologi untuk mengekspresikan hasil kerja. Selain daripada itu, Seni dalam Pendidikan juga di utama kepada guru sekolah rendah kerana ia membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh. Ini  juga akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih menyeronokkan dan juga memotivasikan setiap guru menjadi guru yang kreatif, inovatif, pek, mempunyai personaliti yang seimbang ,berketerampilan dan profesional. Secara tidak langsung, ini akan membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya peroleh.  Antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata, bahkan perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan ilmu dalam kalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan. Seni dalam Pendidikan pada kali ini telah menambah ilmu pengetahuan saya di dalam bidang seni. Sebagai contoh, saya telah memahami  bahawa dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Selain itu, saya turut mengetahui bahawa irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di singki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud di sekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan murid banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, saya sebagai seorang guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.   Dalam tugasan ini, saya perlu menghasilkan kit pembelajaran ini yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini dapat memberikan saya kemahiran dan pengetahuan tentang bagaimana bermain alat muzik, melakukan seni ketika membuat kit pembelajaran serta memberikan saya pengetahuan dan cara untuk menyampaikan kit pembelajaran tersebut kepada murid-murid di dalam kelas. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.  Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks