REFLEKSI PKJ (Faiz).docx

Publish in

Documents

115 views

Please download to get full document.

View again

of 2
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
REFLEKSI Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya telah diberi peluang untuk menyediakan refleksi dalam pembelajaran komprehensif jigsaw (PKJ). Refleksi ini memerlukan saya untuk berfikir dengan lebih dalam apakah yang saya peroleh daripada aktiviti KPJ ini. Setelah berfikir secara kritis, saya sedar bahawa PKJ ini memberikan banyak input-input yang bagus dalam melahirkan pelajar yang pandai menaakul kerana ia menggalakkan pelajar berfikir secara tersendiri dalam melaksanakan
Transcript
  REFLEKSI  Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya telah diberi peluang untuk menyediakan refleksi dalam pembelajaran komprehensif jigsaw (PKJ). Refleksi ini memerlukan saya untuk berfikir dengan lebih dalam apakah yang saya peroleh daripada aktiviti KPJ ini. Setelah berfikir secara kritis, saya sedar bahawa PKJ ini memberikan banyak input-input yang bagus dalam melahirkan pelajar yang pandai menaakul kerana ia menggalakkan pelajar berfikir secara tersendiri dalam melaksanakan PKJ ini. Setelah saya sendiri mengalami proses atau aktiviti PKJ ini dalam 5 fasa, banyak input-input berguna telah diperoleh dan menambah skill yang sedia ada. Sebelum ini bacaan semerta sangat lemah, saya membaca sangat perlahan memerlukan masa yang lama. Melalui proses PKJ ini saya sangat seronok kerana dapat mengeratkan lagi perhubungan antara sesama rakan-rakan dan saya mendapati bahawa proses PKJ ini sangat memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang baru ingin mempelajari apa-apa kerana dalam proses ini ia membantu kita berfikir sendiri untuk menyelesaikan masalah dan dibimbing oleh rakan sendiri yang lebih mahir. Secara tidak langsung kita akan berfikiran secara kreatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi contohnya, apabila berada di dalam fasa penjarian kord di dalam skel c, kita harus memikirkan cara-cara dalam pertukaran kord untuk memudahkan penjarian kita dan lebih cepat dalam pertukaran kord. Seterusnya melalui tugasan ini juga telah melatih saya dalam berfikir secara mendalam atau kritis dalam proses pelaksanaan PKJ. Selain itu, saya juga menyedari bahawa aktiviti PKJ ini lebih membuatkan seseorang atau pelajar itu sendiri faham dengan lebih mendalam apa yang dipelajari. Hal ini kerana, mereka mampu untuk mengetahui dan berfikir secara tersendiri mengapa perkara-perkara tertentu berlaku, contohnya pertukaran kord , kord pertama digunakan pembalikan kedua dan kord kedua ialah kedudukan perdu, ia membuat diri sendiri berfikir dan memberi alasan dengan sendiri mengapa kedudukan kord-kord tersebut dilakukan sedemikian. Seterusnya, kemahiran dalam menaakul sangat penting dalam mendidik pelajar kerana ia dapat membantu mengajar untuk lebih kreatif dan menyelesaikan masalah dengan sendiri.   Masalah yang saya hadapi dalam proses PKJ ini adalah kurang fokus dalam proses beberapa fasa tersebut, mungkin tidak diberi perhatian daripada guru sepenuhnya dan bebas melakukan apa sahaja. Jadi, bagi mengatasi masalah ini saya cuba untuk fokus dengan mengajar ahli-ahli kumpulan apa yang saya tahu dalam proses PKJ tersebut. Saya juga menghadapi kesukaran dalam mengikut tempo dengan betul. Jadi bagi mengatasi, ia perlu latihan yang konsisten. Masalah tempo ini  jugak dapat diperbetulkan dalam proses PKJ ini. Nilai yang saya peroleh daripada terlibat dalam aktiviti PKJ ini, kita dapat merapatkan hubungan antara kawan dan juga belajar mengesan kelemahan kawan. Kita juga dapat menilai kawan dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan. Dalam proses PKJ ini kita haruskan bersikap proaktif,jangan menjadi pasif kerana menjadi pasif kita tidak dapat apa-apa input kerana kita malu untuk bertanya kepada ahli kumpulan kita, dengan bersikap proaktif kita akan memperoleh pelbagai input yang baru untuk kita.  Akhir madah, saya bersyukur kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti PKJ ini kerana ia memberi pelbagai input yang bagus dan dapat dilaksanakan kelak apabila saya bergelar guru suatu hari nanti. Paling penting pengetahuan dan kemahiran yang saya dapat dalam proses PKJ ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.

Previous Document

15559 Laporan PIP

We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks