sejarahK3

Publish in

Documents

11 views

Please download to get full document.

View again

of 4
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Pembentukan Malaysia
Transcript
  Wednesday Azri Daniel at 02:50 LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MALAYSIA Pembentukan Malaysia mula tercipta pada 27 Mei 1961 melalui ucapan perdana menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj di hotel Adelphi, Singapura. Idea ini dikemukakan kerana Tunku Abdul Rahman ingin membentuk satu penyatuan perpaduan dari segi ekonomi, politik dan sosial melibatkan persekutuan Tanah Melayu dan kawasan-kawasan Jajahan British iaitu :- · Brunei · Sabah · Sarawak · Singapura Idea ini dikemukakan juga kerana tanah melayu dan wilayah-wilayah terbabit dilihat sukar untuk berdiri dikaki sendiri (berdikari). Ianya juga dilihat berasingan dalam menghadapi sebarang persaingan diperingkat antarabangsa. Dengan cara ini juga kerjasama antara penduduk di wilayah-wilayah dapat dipertingkatkan dari segi politik, ekonomi dan social sekaligus demi menjayakan pembentukan gagasan politik baru di asia tenggara. Gagasan ini juga bertujuan untuk mengimbangi  jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi. Keseluruhan daripada idea ini telah menarik minat wartawan-wartawan yang hadir pada hari tersebut dan menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif terutama melibatkan wilayah-wilayah yang terbabit. Hal ini juga mendapat liputan di akhbar-akhbar dan membahaskannya. Kebanyakan pihak ada yang mengatakan bahawa tindakan Tunku Abdul Rahman sangat tergesa-gesa dan mengejutkan banyak pihak. Walhal, sebelum idea ini dibentangkan Tunku Abdul Rahman telah membuat beberapa persidangan dan pertemuan bersama beberapa orang tokoh dari wilayah-wilayah terbabit. Peristiwa-peristiwa yang membuktikan bahawa Tunku Abdul Rahman telah membuat pertemuan sebelum mencadangkan gagasan ini ialah, pada bulan Januari 1961 Tunku Abdul Rahman telah mengadakan pertemuan dengan Lee Kuan Yew di singapura. Manakala pertemuan bersama Senu Abdul Rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei. Pertemuan bersama Harold MacMilan, iaitu perdana menteri British pula diadakan di London pada awal tahun 1961. Perisitiwa ini membuktikan bahawa idea ini dititikberatkan dan berpandangan jauh. Pada abad ke-19, idea ini telah diutarakan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, iatu Lord Brassey yang mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan mereka. Tetapi cadangan itu ditolak oleh pemegang saham syarikat berkenaan. Idea penggabungan semua wilayah juga sekali lagi dicadangankan oleh Pesuruhjaya Besar British, Malcom Mac Donald pada tahun 1949-1952 namun cadangan ini tidak dilaksanakan. Cadangan umpama ini juga pernah dilahirkan oleh Mohd.Ghazali Shafie pada tahun 1954 yang mencadangkan penubuhan Komenwal Asia Tenggara. Idea gabungan yang lebih kecil yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah diutarakan beberapa kali, terutama oleh ketua menteri Singapura. · David Marshall (ketua menteri yang pertama)  · Lim Yew Hock (ketua menteri yang kedua) Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik. Dalam tempoh tersebut cadangan ini tidak mendapat perhatian daripada Perikatan Tanah Melayu. Penggabungan kecil yang melibatkan Singapura dan Tanah Melayu tidak dapat diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini kerana fenomena akan melibatkan ancaman politik di Tanah Melayu. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majoriti Melayu yang wujud pada waktu itu. Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitif kepada masyarakat melayu kepada masyarakat melayu yang sebelum ini lebih ramai dan mempunyai suara (hak-hak istimewa). Hal ini juga dikhuatiri ideology komunis yang sedang hangat menular di Singapura akan merebak dengan mudah ke Tanah Melayu. Reaksi Dalam Negeri 1. Persekutuan Tanah Melayu a.Rakyat Persekutuan Tanah Melayu menyambut baik cadangan pembentukan Malaysia. b.Menganggap ini satu usaha murni membantu dan memimpin negara-negara anggota. c.UMNO bersetuju tetapi menolak penyertaan Singapura d.PAS dan Barisan Sosialis mencadangkan agar idea ini dirunding dahulu. 2. Singapura a. Mendapat sokongan Lee Kuan Yew dan partinya PAP. b. Bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat. c. Disember 1961  –  Majlis Undangan N.Singapura luluskan usul ini. d Mendapat tentangan Barisan Sosialis. 3.Sabah dan Sarawak a. Parti Negara Sarawak (PANAS) parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan M’sia  b. Parti-parti lain yang menyokong:SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA (Parti Perikatan Sarawak) c. Di Sabah, Parti Perikatan Sabah (UNKO, USNO, Parti Pasok Momugan, Parti Bersatu dan Parti Demokratik) menyokong pembentukan Malaysia 4. Brunei a. Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan penubuhan Malaysia. b. Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan ini. Anggap gagasan ini sebagai “neokolonialisme”  c. Mendapat bantuan Filipina dan Indonesia menentang gagasan Malaysia (Pemberontakan Brunei) tetapi dapat dipatahkan oleh tentera British.  REAKSI NEGARA-NEGARA LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA 1) INDONESIA · Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia. · Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. · Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi don kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumurnkan pada 20 Januari 1963. · Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang tindakan. Namun, apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah,Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand don Kanada. Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain. · Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. · Bagaimanapun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri. · Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.  · Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September 1965 apabila berlaku pemberontakan berseniata di Indonesia. Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik, bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia. Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia . 2) FILIPINA · Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962. · Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck kemudian telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British. Pada tahun 188 1, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB). Syarikat inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun. · Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958. Menjelang bulan Jun 1966, Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Previous Document

Metabolisme Karbohidrat

Next Document

Fiber Analysis

Related Documents
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks