simulasi.pdf

Publish in

Documents

6 views

Please download to get full document.

View again

of 10
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
336 1st International Malaysian Educational Technology Convention SIMULASI MENERUSI WEB : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN WWWS Shaharuddin Md Salleh, 1 Zaidatun Tasir, 2 Baharuddin Aris Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor p-shah@utm.my 1
Transcript
  336   1st International Malaysian Educational Technology Convention   SIMULASI MENERUSI WEB : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN WWWS Shaharuddin Md Salleh, 1  Zaidatun Tasir, 2  Baharuddin Aris Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor p-shah@utm.my  1 p-zaida@utm.my  2 bba@utm.my   ABSTRAK  Pembelajaran rangkaian komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji rangkaian sebenar menyukarkan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui pengalaman adalah menerusi simulasi. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu simulasi menerusi web yang kian berkembang pesat. Kajian ini juga cuba melihat sama ada simulasi menerusi web berpotensi dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran ini. Simulasi yang dibina adalah berfokuskan kepada 3 struktur rangkaian yang dipelajari dalam mata pelajaran ini iaitu struktur ring, bus dan hybird. Beberapa perisian pengarangan laman web, simulasi dan suntingan digital digunakan sebagai alatan membangunkan simulasi menerusi web. Data diambil melalui soal selidik ke atas 10 orang sampel yang diambil secara bertujuan di kalangan pelajar Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan yang mendaftar matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian. Min keseluruhan yang diperolehi adalah 3.90 bagi masalah yang dihadapi semasa belajar mata pelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian, 3.98 bagi reka bentuk antara muka yang digunakan, 4.21 bagi pendapat responden mengenai simulasi yang digunakan dan 4.10 bagi kesesuaian media yang dipilih. Data juga diperolehi menerusi maklum balas dari forum elektronik selepas pelajar belajar menerusi web. Hasil kajian menunjukkan penerimaan positif pengguna terhadap pembelajaran simulasi menerusi web, reka bentuk dan isi pelajaran yang disampaikan. Corak laman web interaktif dengan elemen multimedia sebagai sokongan penyampaian dan teori konstruktivisme sebagai strategi penyampaian hendaklah dilanjutkan ke mata pelajaran yang lain. Ia berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin pesat maju. PENGENALAN Telekomunikasi dalam Pendidikan telah diintegrasikan ke dalam kurikulum pada peringkat Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi mata pelajaran yang dikenali sebagai Telekomunikasi dalam Pendidikan. Pelajar yang telah mengikuti kelas bagi mata pelajaran Telekomunikasi dalam Pendidikan ini sering menyatakan kesukaran untuk menguasai mata pelajaran ini kerana tidak didedahkan dengan masalah pemasangan rangkaian sebenar. Ini turut di sokong oleh pernyataan Fiche dan France (2003) iaitu pembelajaran Telekomunikasi adalah kompleks dan pengajaran secara verbal tidak mencukupi bagi memberi kefahaman kepada pelajar. Pelajar seharusnya didedahkan dengan proses pembelajaran yang menyeluruh iaitu gabungan kuliah dan amali agar pemahaman konsep pelajar menjadi lebih bermakna. Oleh kerana kekangan masa, kos, peralatan dan bilangan pelajar yang ramai selalunya mata pelajaran ini banyak menekankan kepada pembelajaran teori dan konsep semata-mata. Bagi membantu proses pembelajaran mata pelajaran Telekomunikasi, salah satu cadangan penyelesaiannya ialah pembelajaran menerusi simulasi berkomputer (Tomovic, 1994). Menurut M. Alessi dan Stanley (2001) simulasi sering digunakan untuk menggantikan proses pembelajaran yang berbentuk hands-on  yang tidak dapat dijalankan di dalam bilik kuliah atau kelas. Simulasi dapat memberi pengalaman kepada pelajar bagaimana sesuatu teori atau konsep diaplikasikan di dalam masalah sebenar (Alessi & Trollip, 2001). Pembelajaran menerusi simulasi merupakan salah satu strategi pengajaran yang terbukti berkesan dalam meningkatkan mutu pembelajaran dari perlbagai aspek (van Berkum dan de Jong, 1991). Simulasi popular digunakan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan perubatan, kejuruteraan, perniagaan, ketenteraan dan  337   1st International Malaysian Educational Technology Convention   kini ianya semankin berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi. Dengan adanya teknologi telekomunikasi yang kian berkembang, simulasi telah diberi nafas baru dengan menggabungkannya dengan teknologi telekomunikasi yang dikenali sebagai simulasi menerusi web atau World Wide Web-based Simulation  (WWWS). Revolusi teknologi maklumat (IT) dikuasai oleh Internet yang mana bersifat global, platform yang bebas, penyelenggraan yang minima, dapat digunakan semula dan kaedah pengoperasian yang mudah (Lorenz et al. , 1997). Kini, Internet sukar untuk dipisahkan dari kehidupan seharian kita bagi mencari maklumat, membeli barang, mendengar berita, berhibur, bermain permaian dan sebagainya. Internet telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang terkini kepada masyarakat. Internet merupakan satu bentuk medium sebaran am yang berkesan serta pelbagai kerana mampu menyalurkan komunikasi dalam pelbagai bentuk (Lazarsfeld et al. , 1944). Pendekatan WWW mempunyai kelebihan dalam mengekalkan minat dan mempersembahkan pengajaran tanpa memikirkan platform yang digunakan oleh pelajar (Brusilovsky, 1998). PEMBELAJARAN SIMULASI BERKOMPUTER Menurut de Jong (1991), terdapat banyak pendekatan dan pembelajaran menerusi simulasi berkomputer seperti analisis, experimen dan pengajaran. Pembelajaran menerusi simulasi berkomputer terbahagi kepada empat kateria iaitu: ã  Membentuk formula, model yang boleh dimanipulasi ã  Mengwujudkan matlamat pengajaran (seperti pengetahuan konsepsual) ã  Proses pengajaran yang spesifik (seperti membina hipotesis atau ujian) ã  Mengwujudkan aktiviti pembembelajaran (pelajar boleh manipulasi model dalam mendapatkan keputusan) Menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif. SIMULASI MENERUSI WEB Simulasi menerusi web mula diperkenalkan pada tahun 1980-an lagi oleh Jack Thorpe dan Bahagian Pertahanan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai SIMulator NETworking  (SIMNET), menggunakan satu sistem komputer yang menggunakan satu program simulasi bagi melatih askar dalam operasi ketenteraan. Simulasi berasaskan web merupakan peralatan analisis yang terbaik serta terkini bagi mereka yang bertanggungjawab mereka bentuk sesuatu operasi yang kompleks atau sistematik. Dari kajian yang dijalankan oleh Yucesan et al. , Chun Hung Chen, Insup Lee, 1998, simulasi berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi dalam dunia pendidikan kerana struktur Internet yang luas serta mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform komputer yang digunakan. Dengan wujudnya WWWS, banyak kekangan dapat diatasi seperti kos membangunkan simulasi, keperluan sistem yang khas dapat dielakkan dan masa pembelajaran yang memakan masa dapat dipendekkan (R. Bell, 1998). Menerusi WWWS, selain menggunakan simulasi bagi tujuan pembelajaran mereka juga boleh berkomunikasi sesama mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau bertukar pendapat dan sebagainya menerusi sistem sokongan yang diberikan oleh Internet (Lorenz et al. , 1997). Kajian yang dilakukan oleh Lorenz et al. , (1997) menegaskan bahawa WWWS dapat meningkatkan teknik simulasi dan animasi, dapat berfungsi sebagai alat dan model yang boleh digunakan oleh pelajar dan yang paling utama, WWWS boleh digunakan secara global. WWWS juga boleh menyokong langkah menghasilkan simulasi tradisi, meningkatkan dan menyokong penyebaran pembelajaran berasaskan masalah secara kooperatif.  338   1st International Malaysian Educational Technology Convention   KAJIAN MENGENAI PEMBELAJARAN BERKESAN MENERUSI SIMULASI Mengikut teori-teori pembelajaran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner (1966) dan Lev Vygotsky (1978), pengajaran berkesan adalah suatu keadaan yang menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna melalui interaksi sosial, penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan berlebihan kepada guru atau pensyarah. Menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu pendekatan yang membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi simulasi. Keberkesanan simulasi dalam proses pengajaran dan pemahaman tidak dapat disangkal lagi kerana terdapat banyak bukti penyelidikan yang telah dijalankan serta diterbitkan dalam persidangan tahunan mengenai simulasi menerusi web dalam SCS dan Winter Simulation dan dalam isu khas mengenai jurnal-jurnal simulasi terutamanya simulasi berasaskan web (Fishwick dan Hill, 1999). Antaranya ialah: i. Simulasi berkomputer dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. (Les Pang & Hodson, 1999) ii. Simulasi berkomputer membolehkan pelajar meningkatkan serta melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan meningkatkan kos serta mungkin membahayakan pelajar. (Les Pang & Hodson, 1999) iii. Simulasi menyediakan peralatan bagi membantu dan membimbing pelajar dalam menyediakan struktur kajian kes. Ini terbukti dengan peningkatan pembelajaran yang efektif yang merupakan sesuatu yang penting dalam menyelesaikan kes-kes kerana menerusi simulasi pelajar dengan mudah dapat mengaitkan kes dengan pengalaman yang telah dilalui. (Les Pang & Hodson, 1999) iv. Dalam penyelidikan yang telah dijalankan oleh Gokhale (1996), beliau merumuskan bahawa integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui aktiviti tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar. Tunjuk ajar dari aktiviti simulasi berkomputer boleh digunakan sebagai alternatif bagi memotivasikan pelajar kepada menerokai dan membina kemahiran pelajar. v. Simulasi telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif. (Les Pang & Hodson, 1999) vi. Beberapa elemen motivasi boleh didapati pada kebanyakan simulasi (Keller & Suzuki, 1998; Malone & Lepper, 1987). (Alessi & Trollip, 2001). vii. Menerusi simulasi pemindahan pembelajaran dapat dilaksanakan sama ada berbentuk kemahiran atau pengetahuan dalam satu situasi yang dilaksanakan kepada situasi yang lain (Clark & Voogel, 1985). Simulasi adalah satu pembelajaran yang baik dalam memindahkan kemahiran atau pengetahuan ke dunia sebenar. (Alessi & Trollip, 2001). viii. Simulasi mudah disesuaikan dalam pelbagai bentuk pembelajaran. Simulasi biasanya memenuhi kehendak pengguna, sama ada mempersembahkan bahan-bahan atau memandu dan menunjukkan pengguna cara-cara tertentu bagi melakukan aktiviti. (Alessi & Trollip, 2001). Secara kesimpulannya dapat dinyatakan disini bahawa peranan teknologi dalam bidang pendidikan dapat mempertingkatkan keberkesanan dari segi kualiti, masa, kos, bilangan pelajar dan dapat mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap guru, ini disokong oleh Elligton dan Earl (1999); Baharuddin Aris et al. , (2000). Dengan struktur WWW yang tersusun dan rangkaian hipermedia yang tinggi serta mesra pengguna, pembelajaran menerusi web dapat memberi peluang kepada pengguna meneroka apa sahaja. Sebagai contoh kajian yang dilaksanakan oleh Neilson (1996) yang menggunakan Interact   Simulation Enviroment  (ISE) menerusi WWW membantu pelajar dalam mata pelajaran kejuruteraan. Oleh yang demikian, penggunaan WWWS dapat dilihat sebagai satu pendekatan pembelajaran yang berpotensi untuk membantu pembelajaran mata pelajaran Telekomunikasi terutama dari segi menyediakan proses pembelajaran berasaskan pengalaman.  339   1st International Malaysian Educational Technology Convention   OBJEKTIF KAJIAN i. Mendapatkan reka bentuk antara muka laman web yang diingini oleh pelajar. ii. Mendapatkan pandangan pelajar mengenai pembelajaran menerusi simulasi komputer. iii. Mendapatkan pandangan pelajar mengenai kesesuaian media elektronik khususnya Internet dalam pengajaran dan pembelajaran. iv. Mendapatkan maklumbalas pelajar terhadap reka bentuk yang telah digunakan oleh simulasi berasaskan web. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar yang Sarjana Muda Pendidikan yang mendaftar mata pelajaran Telekomunikasi dalam Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan pensyarah. Terdapat beberapa fasa yang terlibat dalam proses pembangunan simulasi dan laman web. Setiap fasa mengandungi langkah-langkah yang berbeza mengikut keperluan pembangunan. Sebagai panduan membangunkan projek ini, model reka bentuk  ADDIE telah digunakan sebagai memudahkan proses pembangunan selain unsur dalam model ARCS. PENGHASILAN KERANGKA LAMAN WEB Kerangka laman web ini adalah berdasarkan model ADDIE yang diutarakan oleh Rosett (1987) dan diserapkan elemen-elemen model ARCS pada fasa pembangunan. Pendekatan pembelajaran yang digunakan adalah konstruktivisme yang mana pelajar boleh mempelajari sesuatu berdasarkan pengalaman yang dilaluinya (Les Pang & Hodson, 1999) Model Reka Bentuk Model rekabentuk rapid prototyping telah diperkenalkan oleh Rosset (1987). Terdapat lima fasa yang terlibat iaitu fasa pertama adalah analisis terhadap pengguna dan keperluan pembangunan. Fasa kedua, reka bentuk yang melibatkan pemilihan objektif, pemilihan antara muka, reka bentuk isi pelajaran, reka bentuk laman web dan struktur data. Fasa ketiga, proses pembangunan. Fasa keempat ialah implentasi laman web dan fasa kelima adalah proses penilian yang melibatkan dua jenis iaitu penilian formatif dan sumatif. Ilustrasi boleh dirujuk pada Rajah 1. Model ARCS adalah salah satu model motivasi yang diperkenalkan oleh Keller (1983) yang mempunyai empat elemen iaitu Attention (Perhatian), Relevance (Relevan), Confidence (Keyakinan) dan Satisfaction (Kepuasan). Ciri-ciri yang terdapat pada model ini diintergerasikan dalam projek ini semasa proses pembangunan. Pendekatan Pembelajaran Piaget (1977) menyatakan bahawa pembelajaran berlaku dengan baik apabila pembinaan makna secara aktif berbanding pembelajaran secara pasif (Gray, 1997). Teori pembelajaran konstruktivisme menegaskan bahawa pelajar membina pengetahuan atau suatu konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada (Jonassen, 1994). Pembelajaran konsruktivisme adalah satu suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif (Gray, 1997; Baharuddin Aris et al., 2002). Ilmu pengetahuan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan awal yang diperolehi sama ada daripada pengalaman hidup atau pembelajaran daripada kelas-kelas yang terdahulu. Kebebasan mendapatkan pengetahuan diberikan kepada pelajar dalam menyelesaikan simulasi yang berikan. Penetapan objektif diawal pembelajaran perlu dilakukan untuk mengelakkan sesuatu proses pembelajaran itu terkeluar daripada matlamat asal (Gray, 1997).

Previous Document

Alat Penukar Panas Atau

Next Document

Ethyl Maltol

We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks