Teks Ucapan Peramian Majlis Penutup Pertandingan Action Song 2017

Publish in

Documents

542 views

Please download to get full document.

View again

of 2
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
teks
Transcript
  1 Teks Ucapan Peramian  Majlis Penutup Pertandingan Action Song Peringkat Negeri 2017 Bismillahhirrahmanirrahim…  Yang Berusaha, En. Bhakhari Bin Abd Rahman Timbalan Pegawai Pendidikan Ppd Gombak Selangor, Yang Mulia Tunku Saidatul Bariah Binti Tunku Nizam Penyelia kokurikulum akademik Jabatan Pendidikan Selangor Yang Berusaha Pn. Mashura Bt Mansor Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya, Pegawai JPN dan pegawai pegawai ppd Yang Berusaha Guru Besar-Guru Besar sekolah, Yang Dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan,  Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Action Song Peringkat Negeri Tahun 2017,  Ahli Jawatankuasa Kerja Pertandingan Action Song Peringkat Negeri Tahun 2015, Guru-guru pengiring, Para peserta, Guru-guru, Murid-murid, Serta hadirin dan hadirat sekalian,  Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua .  2 Pertandingan Action Song ini adalah di bawah anjuran pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Negeri Selangor. Alhamdulillah, pertandingan ini telah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pentadbir dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya yang berkolaborasi dengan SK Kuala Ampang (2) s selaku tuan rumah pertandingan ini.  Action Song merupakan pertandingan yang kita adakan pada setiap tahun. Acara ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Sememangnya sedia maklum akan kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris pada masa sekarang. Sehubungan itu, dengan adanya pertandingan seperti ini diharap dapat menarik minat murid-murid untuk mendalami Bahasa Inggeris. Selain itu murid dapat didedahkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris di luar konteks bilik darjah. Semangat serta minat murid pasti dapat ditingkatkan untuk menggunakan Bahasa Inggeris tanpa rasa takut atau malu. Guru-guru serta tenaga pengajar amatlah diharapkan agar dapat memberikan bimbingan terhadap murid-murid mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul. Diharap dengan penganjuran pertandingan Action Song ini dapat menambahkan keyakinan murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Para guru dan ibu bapa juga diharap dapat membimbing dan membantu anak-anak kita ini terutamanya dalam penguasaan Bahasa Inggeris.  Akhir kata, tahniah kepada sekolah-sekolah di negeri Selangor yang bersemangat untuk turut serta dan menyertai pertandingan ini. Kalah menang adat pertandingan. Tahniah kepada sekolah yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa, tingkatkan lagi usaha dan insyallah kita jumpa lagi pada tahun hadapan. Bunga Seroja Diatas Para Jatuh Ditimpa Buah Berangan  Andai Kata Tersilap Bicara, Kemaafan Jua Kami Pohonkan. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Action Song Tahun 2017. Sekian, terima kasih.
Related Search

Previous Document

Steam Turbine

Next Document

Chaos Theroy

We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x